Kualiti pendidikan Australia bertaraf dunia

ENGLISH
Skim dermasiswa khusus untuk pelajar Bumiputera Sarawak. Terhad kepada 100 orang pelajar sahaja.

Peluang untuk melanjutkan pengajian di Curtin Malaysia, kampus dan hab antarabangsa terbesar Curtin University di Asia*!

*Curtin mempunyai kampus di Australia, Malaysia, Dubai, Mauritius dan Singapura; serta jalinan rangkaian bersama universiti-universiti terulung di seluruh dunia.

Borang Permohonan

Skim dermasiswa ini merupakan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Yayasan Sarawak.

Skim dermasiswa ini adalah khusus untuk pelajar Bumiputera daripada latar belakang B40 sahaja.

Kenapa Curtin Malaysia?

 

Curtin Universiti tersenarai dalam kedudukan 1% tertinggi di Academic Ranking of the World Universities (ARWU) 2021.

Graduan Curtin Universiti Malaysia dianugerahkan ijazah antarabangsa.

Kampus hijau seluas 1,200 ekar yang menawarkan persekitaran pembelajaran yang unik, kondusif dan pengalaman sebenar pengajian dalam kampus.

Kursus kejuruteraan kami diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia dan Engineers Australia. Kursus perniagaan pula diiktiraf oleh AACSB dan badan professional yang lain.

Kurikulum kursus adalah sejajar dengan kampus induk serta kampus Curtin yang lain di mana bahan dan takwim pengajian serta peperiksaan adalah serupa.

Pelajar berpeluang untuk berpindah ke kampus Curtin di lokasi lain seperti Perth, Dubai, Mauritius dan Singapura melalui program pertukaran pelajar atau menukar lokasi untuk menamatkan pengajian.

Tenaga pengajar berkaliber, mempunyai pengalaman industri dan mengajar yang luas.

Mendapatkan pembelajaran dan pengajian bertaraf antarabangsa serta mengalami pendedahan pelbagai budaya bersama pelajar lain daripada lebih dari 50 buah negara.

Yuran Skim Bursari B40 Yayasan Sarawak

*Sila klik untuk jadual lengkap

*Pelajar yang mendaftar untuk Skim Bursari B40 ini masih layak untuk memohon skim bantuan kewangan pendidikan lain yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak untuk membiayai yuran pelajar, bersama dengan insentif lain di dalam skim berkenaan.

Tarikh Pengambilan 2023

 

Bagaimana untuk Memohon?

Langkah 1

Sila isi borang di laman sesawang dan tekan butang.

Langkah 2

Pihak kami akan menghubungi anda setelah kami menerima permohonan anda.

Langkah 3

Surat tawaran akan dihantar kepada anda. Selepas menerima tawaran, anda bakal memulakan langkah anda untuk melanjutkan pengajian bersama dengan kami.


Jadilah Curtin!

BORANG PERTANYAAN

KITAK ADA APA-APA MAUK DITANYAKAH?

  • CONTACT DETAILS

  • DD slash MM slash YYYY
  • COURSE DETAILS

  • YOUR QUESTION

Dengan menghantar borang ini, saya bersetuju degan Terma & Syarat dan Polisi Peribadi Curtin Malaysia, dan untuk menerima emel, mesej teks, panggilan telefon, atau mesej faks berkenaan dengan notis, promosi dan bahan pemasaran.